PANDU PUTERI
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Perkataan TUNAS bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian, pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan PUTERI bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
AHLI PANDU PUTERI TUNAS
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas.Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun.Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas.Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.Seterusnya mereka dilating dan diuji melalui Program Calit Emas,Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Comments
Post a Comment